Posts

Sekolah Agama Tempat Recycle Budak Nakal?

 Sekolah menengah agama kami terletak agak jauh di pedalaman.  Jika mahu ke sana, haruslah menggunakan kereta atau motor. Jikalau tertinggal bas semasa keluar outing, jarang-jarang bas akan masuk melalui kawasan sekolah kami selepas Maghrib. Itu menyebabkan kami sangat peka semasa outing, jika masa sudah sampai waktu Asar.  Di belakang sekolah, ada kebun kelapa sawit yang luas. Luasnya sehingga mencecah hujung kaki gunung yang melatari pemandangan belakang asrama sekolah. Saya anggar tidak kurang 4 hektar ladang kepala sawit itu.  Untuk sampai ke pekan terdekat, paling kurang 10 kilometer. Kedua-dua arah. Tiada kompromi, jika mahu ke mana-mana, haruslah menaiki bas henti-henti. Atau boleh tumpang teksi sesat yang sejalan nak ke Ipoh.   Dek kerana sekolah agama itu jauh di pedalaman, barangkali membuatkan para ibu bapa tidak bimbang sangat meninggalkan anak-anak mereka di asrama sekolah. Untuk lari dari asrama, memang penat berjalan kaki.  Entah mengapa, sejak saya masuk ke sekolah itu,